Friday, 9 December 2011

8. Mewarna Manga

Para Pelajar Pakej Cuti Sekolah juga telah belajar cara-cara untuk mewarna Manga.

Teacher Tuti telah mengajar cara-cara untuk mewarna dengan betul.






7. Capan dan Renjisan

Aktiviti yang seterusnya bagi Pelajar Pakej Cuti Sekolah ialah Capan dan Renjisan


Aktiviti ini sangat menarik. Teacher Tuti telah menyediakan beberapa bentuk potongan kentang. Para peljar juga dibekalkan beberapa batang berus gigi untuk dibuat sebagai renjisan.


Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Berus gigi
2. Poster colour
3. Beberapa bentuk potongan kentang
4. Kertas lukisan 


 Cara-cara:
1. Untuk membuat frame kertas lukisan, buat garisan di bhagian dalam sekeliling kertas selebar 1 inchi. Warnakan di bahagian frame tersebut mengikut warna yang disukai. Warnakan juga garisan yang sudah dibuat dengan warna yang kontra.
2. Keringkan bahagian yang sudah dicat. Dengan menggunkan jari, pilih satu warna dan titikkan di bahagian yang sudah dicat. Titikan sebanyak yang mungkin.
3. Kemudian, warna pula bahagian dalam segi empat tepat dengan warna yang berlainan daripada warna frame.
Selepas itu, keringkan. 
4. Letakkan beberapa bentuk potongan kentang di dalam segi empat tepat itu. Ambil berus dan celupkkannya di dalam poster colour yang agak cair.
5. Letakkan batang berus gigi itu dia dalam telapak tangan dan jari telunjuk di bahgian berus. Tarik dengan perlahan berus itu untuk direnjis dia atas kertas lukisan. Ulang langkah ini untuk menggunakan warna-warna lain.










Wednesday, 7 December 2011

6. Melukis dan mewarna sebatang pokok

Aktiviti seterusnya Pelajar Pakej Cuti Sekolah ialah Melukis dan mewarna sebtang pokok. Teacher Tuti memberi tunjuk ajar cara untuk melukis dan mewarna dengan betul. Bahan yang digunakan untuk mewarna ialah Poster Colour.


Bahan-bahan:
1. Pasir berwarna - untuk frame lukisan
2. Poster colour
3. Kertas lukisan


Melalui aktiviti ini kita dapat melihat sejauh mana kemahiran melukis dan mewarna mereka.


+ + Kita mendapat seorang tenaga pengajar baru...........

















5. Makeover Tins

Makeover tins ni bukanlah kerja yang susah. Tetapi, ia memerlukan cara pembersihan yang teliti sebab kita memerlukan bahan KIWI KASUT (pengilat kasut)!


Bahan-bahan:
1 .Tin-titn terpakai
2. Masking-tape
3. Kiwi Kasut (pengilat kasut)
4. Bhan-bahan menghias : tali ball
                                      : manik
                                      : dan sebagainya


Cara-cara:
1. Bersihkan tin terpakai seperti tin susu. Keringkan.
2. Potong masking-tape dengan kecil.
3. Tampalkan masking-tape yang sudah dipotong di atas permukaan tin. Tampal sesuka hati dan memenuhi ruang tin.
4. Sapukan seluruh tin dengan Kiwi Kasut (pengilat kasut) menggunkan jari. Sapu sehingga tebal.
5. Keringkan.
6. Hiaskan tin tersebut mengikut citarasa anda.


PASTIKAN TANGAN DIBERSIHKAN DENGAN SABUN!!














Monday, 5 December 2011

4. Mengecat batu

Aktitviti ke-4 untuk Pelajar Pakej Cuti Sekolah ialah Mengecat Batu


Best aktiviti ini. Adik-adik boleh melukis apa-apa gambar yang disukai oleh adik-adik di atas batu tersebut.
Aktiviti ini juga tidak memerlukan jangka masa yang panjang. Tetapi aktiviti ini mengajar kita untuk menjadi lebih teliti.


Bahan-bahan:
1. Batu putih yang bepermukaan rata
2. Poster colour
3. Spray Multi Purpose