Friday, 9 December 2011

7. Capan dan Renjisan

Aktiviti yang seterusnya bagi Pelajar Pakej Cuti Sekolah ialah Capan dan Renjisan


Aktiviti ini sangat menarik. Teacher Tuti telah menyediakan beberapa bentuk potongan kentang. Para peljar juga dibekalkan beberapa batang berus gigi untuk dibuat sebagai renjisan.


Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Berus gigi
2. Poster colour
3. Beberapa bentuk potongan kentang
4. Kertas lukisan 


 Cara-cara:
1. Untuk membuat frame kertas lukisan, buat garisan di bhagian dalam sekeliling kertas selebar 1 inchi. Warnakan di bahagian frame tersebut mengikut warna yang disukai. Warnakan juga garisan yang sudah dibuat dengan warna yang kontra.
2. Keringkan bahagian yang sudah dicat. Dengan menggunkan jari, pilih satu warna dan titikkan di bahagian yang sudah dicat. Titikan sebanyak yang mungkin.
3. Kemudian, warna pula bahagian dalam segi empat tepat dengan warna yang berlainan daripada warna frame.
Selepas itu, keringkan. 
4. Letakkan beberapa bentuk potongan kentang di dalam segi empat tepat itu. Ambil berus dan celupkkannya di dalam poster colour yang agak cair.
5. Letakkan batang berus gigi itu dia dalam telapak tangan dan jari telunjuk di bahgian berus. Tarik dengan perlahan berus itu untuk direnjis dia atas kertas lukisan. Ulang langkah ini untuk menggunakan warna-warna lain.










No comments:

Post a Comment